Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ketua Menteri Melaka Seru Patuhi Peraturan Jalan Raya

By 19 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung semalam di Pintu Gerbang Ayer Keroh.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengatasi kes kemalangan jalan raya.

“Kempen terbaharu ini masih mengekalkan tema keramat iaitu ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’.

“Syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan usaha murni ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti seperti penukaran topi keledar lama kepada yang baru, pemberian jaket keselamatan secara percuma turut diadakan bagi menarik minat orang ramai mendengar informasi dan etika keselamatan jalan raya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda