Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Eko-Pelancongan Paya Lebar Produk Baharu Pelancongan Melaka

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

LUBOK CHINA, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat eko-pelancongan Paya Lebar kini diangkat menjadi produk baharu pelancongan negeri Melaka setelah melalui proses naik taraf yang menelan belanja RM2.314 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Saraya Arbi berkata kerajaan mengunjurkan pendapatan menerusi sektor pelancongan diseluruh negara berjumlah RM 120.4 billion untuk tahun ini.

“Sektor ini direkodkan meningkat sejak negara berdepan dengan fasa endemik pada bulan April tahun lalu.

“Projek naik taraf termasuk pembinaan jeti baharu dan menara tinjau serta fasiliti untuk kemudahan pelancong di sepanjang kawasan eko-pelancongan yang meliputi Jeti Nelayan Paya Lebar, Sabak Arang, Taman Lokan, Jeti Tebing Urut dan Kota Sempang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Badaruddin Mohd Kassim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah TPr. Saifuddin Abdul Karim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda