Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Pasar tani di lokasi strategik Nat Behor Lateh yang terletak di Seriab, di sini menjadikan ia sebagai tumpuan orang ramai.
Pelbagai hasil laut yang segar dan eksotik seperti belangkas, ikan, udang lipan dan juga produk hasil orang kampung seperti kopi, ikan kering, ikan masin, ikan pekasam dan ulam-ulaman sangat mudah didapati di sini.
Rohani Mat, 53, seorang peniaga hasil laut menyatakan sambutan orang awam di pasar tani ini sangat menggalakkan terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya mendapatkan hasil laut seperti udang dan lala di Alor Setar. Namun bagi musim perayaan ini, kebanyakkan pemborong di Alor Setar tidak beroperasi selama empat hari,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Nat Behor Lateh beroperasi seawal jam 7.00 pagi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad menyediakan ruang niaga yang luas serta menjual pelbagai hasil laut segar dan hasil produk orang kampung dengan harga yang berpatutan.
-ZS-