Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kutipan Hasil PDTS Meningkat

By 4 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 4 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM198.61 juta sepanjang tahun lalu, mengatasi sasaran RM164 juta.

Menurut Pegawai Daerah Seremban Mohd. Nizam Tajul Arus, jumlah itu juga meningkat melebihi 121 peratus berbanding RM140 juta yang dikutip pada tahun 2021.

“Prestasi berkenaan merangkumi kutipan hasil keseluruhan termasuk cukai tanah semasa sebanyak RM64 juta, tunggakan cukai (RM10 juta), premium pemberimilikan (RM87 juta) dan permit tanah galian (RM26 juta), “ katanya ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2023 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS), di sini kelmarin.

Mohd Nizam turut memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk menambah baik sistem kutipan bagi memudah dan menggalakkan para pembayar cukai tanah, premium, lesen dan permit.

“Negara sedang bergerak ke aras pemulihan dan perkembangan ekonomi yang amat diharapkan oleh semua pihak.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan Datuk Ismail Ahmad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda