Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dataran Sejarah Lokasi Santai Seisi Keluarga

By 4 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan

AYER KEROH, 4 Jan (Malaysiaaktif) – Taman Pencahayaan atau Firefly Park Garden di Dataran Sejarah Ayer Keroh kini menjadi lokasi terbaru tarikan pelancong di negeri ini.

Menurut pengunjung Salmiah Dolah, 45, lokasi ini amat sesuai sebagai lokasi riadah seisi keluarga kerana kawasan ini amat cantik serta banyak kemudahan disediakan berdekatan kawasan Dataran Sejarah.

“Sebelum ini suasana malam di sekitar Ayer Keroh sunyi namun kini bertukar meriah dengan adanya Taman Pencahayaan dan Leypark Station. Saya berharap lebih banyak lagi produk baharu akan dibina di sini,” ujarnya.

Pelajar Nur Faiqah Dayana, 17, berkata suasana amat meriah dangan lampu-lampu dihiasi dengan cantik dan memukau pandangan.

“Di samping kereta kuda, beca dan basikal elektrik mungkin boleh tambah lagi kemudahan tempat permainan kanak-kanak di sudut padang supaya anak-anak dapat bermain sambil menikmati suasana,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda