Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Monumen Bendera Gergasi Mercu Tanda Baharu Negeri Melaka

By 10 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Monumen Bendera Gergasi bakal menjadi mercu tanda baharu di negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali monumen yang bakal dibina itu akan mempromosikan Melaka di mata masyarakat setempat mahupun pelancong luar.

“Monumen yang bakal didirikan di Hutan Simpan Bukit Beruang setinggi 166 meter dari aras laut akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi negeri Melaka,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada Majlis Pecah Tanah Monumen Bendera Gergasi Negeri Melaka di Kem 514 Rejimen Wataniah, di sini baru-baru ini.

“Tahniah dan syabas kepada semua agensi-agensi yang terlibat termasuk di peringkat persekutuan dalam merangka dan merencana segala kaedah serta strategi bagi menjayakan projek ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda