Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penanaman Pokok Bakau Giat Dilakukan di Sulaman

By 12 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Fadzhel Ramneh/Masri Alip

TUARAN, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10,000 semaian anak pokok bakau kini giat dilakukan di Sulaman Wetland Sanctuary, Kampung Sekudung yang terletak 10 kilometer daripada pekan Tuaran.

Renjer hutan, Mohd Said Ikhwan berkata penyemaian anak pokok itu merupakan inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama International Society for Mangrove Ecosystem (ISME).

“Anak pokok yang disemai akan ditanam di kawasan paya bakau sekitar Sulaman dengan keluasan 80 hektar.

“Projek ini bertujuan untuk memulihara ekosistem dan mengurangkan hakisan di kawasan pesisir pantai dan kawasan paya bakau,” katanya ketika ditemui media, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, tempoh penanaman adalah berterusan kerana tidak semestinya setiap penanaman berjaya dan untuk keluasan dua hektar, biasanya sebanyak 5,000 hingga 6,000 anak pokok bakau dapat ditanam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda