Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bekas Bermusim

By 11 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff/Siti Ainsyah Abdul Hamid

PULAU BETONG, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kuih Bakul merupakan hidangan utama masyarakat Tionghua setiap kali tiba musim Perayaan Tahun Baharu Cina. Namun tidak ramai yang tahu cara penghasilan bekas makanan tradisional ini.

Berpengalaman hampir lapan tahun, Heng Chui Chui, 56, telah mengambil upah menyediakan bekas untuk mengisi bancuhan kuih bakul selain pekerjaan tetapnya sebagai tukang jahit.

Beliau menggunakan tin susu terpakai yang telah dicuci bersih, dilapik plastik sebelum tin tersebut dibalut pula dengan beberapa helai daun pisang yang telah dilayur.

“Daun pisang akan menghasilkan aroma yang wangi pada kuih setelah dikukus,” kata Chui Chui ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Chui Chui, beliau menghasilkan hampir 400 bekas kuih bakul pelbagai saiz setiap hari untuk diserahkan kepada pelanggannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda