Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Perdana Menteri Santai Bersama Masyarakat Bukit Mertajam

By 24 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Ariza Mohamed Zaki

BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Malaysiasktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bersama rakyat di Lembah Makanan Perda sempena lawatan ke Pulau Pinang.

Anwar Ibrahim disambut meriah oleh kira-kira 500 orang penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan beliau.

Perdana Menteri dalam ucapanya melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan penduduk sekitar yang tidak berganjak menunggu kehadiran saya walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Turut serta Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda