Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri di Cherok Tokun

By 24 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Muhammad Azim Abu Bakar

BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama rakyat di Program Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri di perkarangan Galeri Pejuang Cherok Tokun, di sini semalam.

Majlis dihadiri lebih 4,000 penduduk tempatan yang menanti untuk bersua muka secara dekat dengan Perdana Menteri.

Seorang penduduk Kampung Kuala Juru Hashimah Haron, 46, berkata beliau hadir bersama suami dan anak ke Cherok Tokun semata-mata untuk berjumpa Perdana Menteri secara dekat.

Perdana Menteri turut menghadiri majlis tahlil dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Cherok Tokun serta beramah mesra bersama-sama penduduk yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda