Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Semarak Kasih sempena Sambutan Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

By 15 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/ Hasrulazlinda Hassan (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 15 Jan (Malaysiaaktif) – ‘Semarak Kasih, Gubahan Cinta, Rakyat dan Istana Berpisah Tiada’ merupakan tema yang dipilih bagi Program Semarak Kasih sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-75 yang diadakan di Dewan Tunku Ampuan Najihah, hari ini.

Pengerusi Puspanita Daerah Kuala Pilah Nursazila Saad berkata penglibatan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan mencanting batik sebagai simbolik program dapat memberikan galakan kepada semua wanita di luar sana untuk lebih menghargai seni kraftangan di negeri ini.

“Program ini turut menengahkan kreativiti dan mengasah bakat anak-anak muda dalam menghargai seni kraftangan melalui Pertandingan Gubahan Tanjak dan Bunga yang dianjurkan oleh Puspanita,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda