Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi
KULAI, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital Teo Nie Ching hari ini menggagihkan Peranti Siswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, di sini kepada 1090 orang penerima.
Teo Nie Ching berharap inisiatif seperti ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar demi mencapai keputusan yang cemerlang serta memberi kegembiraan buat keluarga.
Pelajar-pelajar tersebut adalah dari dari 13 Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Kolej Komuniti serta institusi-institusi lain di sekitar Parlimen Kulai.
“Inisiatif di bawah Belanjawan 2022 ini menyediakan peranti kepada 408,319 masiswa dan pelajar yang berada dalam kelompok keluarga B40 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM450 juta.
“Bagi Negeri Johor khususnya, kerajaan meluluskan 29,461 dari 38,437 permohonan dan telah mengagihkan sebanyak 23,435 buah Peranti Siswa kepada para pelajar,” katanya.
-ZS-