Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sambutan Hari Wilayah Fokus Kebajikan Rakyat

By 15 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di pulau itu tahun ini lebih tertumpu kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, segala pengisian sambutan akan disusun semula selari dengan hasrat kerajaan yang ingin melihat sambutan Hari Wilayah Persekutuan dilaksanakan dengan sederhana.

“Sambutan kali ini lebih menjurus ke arah membantu golongan B40 dan asnaf antaranya kita akan adakan tapak jualan kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu menampung kehidupan mereka,” katanya semasa ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, di sini pagi tadi.

Tambahnya, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program MyGrocer pada tahun ini sebagai salah satu tanda keprihatinan kerajaan memastikan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan terpelihara.

“Selain itu kita akan teruskan Program Kebun Komuniti dan diperluaskan di kawasan lain bagi memastikan bekalan sayur-sayuran tempatan lebih stabil,” jelasnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda