Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program ‘Talk To Us’ Inisiatif Salur Maklumat kepada Rakyat

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia kerugian berjuta ringgit setiap tahun akibat penipuan atas talian atau ‘scammer’ selain pelbagai lagi jenis penipuan.

Menurut Ketua Polis Balai Pengkalan Hulu, Asistan Superintenden Polis (ASP) Lim Wei Yih perkara ini berlaku akibat kelalaian individu itu sendiri dan maklumat yang disampaikan oleh pihak berwajib kurang diberi perhatian.

“Orang kampung khususnya golongan tua gagal memahami modus operandi ‘scammer’ dan mudah menjadi mangsa penipuan ini,” ujarnya pada Program ‘Talk To Us’ bersama penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek, di sini semalam.

Sementara itu, wakil Pejabat Penghulu Mukim Belukar Semang, Mohd Haikal Kamal, 24, menyifatkan program tersebut adalah usaha dalam menyalurkan maklumat secara terus kepada penduduk mengenai jenayah penipuan.

“Kita akan wujudkan satu jaringan media sosial melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk sebagai saluran maklumat dua hala secara lebih sistematik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda