
Laporan/foto: Izarina Kulub Mat Isa/Muhd Syafiq Irman
BENTONG, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh turun padang membuat tinjauan di Program Jualan Rahmah (PJR) di Pasaraya TF Value Mart Bentong, di sini semalam.
Menurut Fuziah dengan adanya PJR ini ianya diharapkan dapat meringankan beban dan dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat.
āPJR dilaksanakan serentak pada 18 Januari di 11 daerah seluruh negeri Pahang.
āPasar raya yang terlibat menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus bagi 13 barangan keperluan asas harian seperti ayam, telur, beras, minyak masakĀ dan lain-lain,ā katanya.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Datoā Mark Ujin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Sim Chon Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Lee Chin Chen.
-ZS-