Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rekreasi Lubuk Kawah Tarikan Terbaharu Daerah Yan

By 12 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Pengalaman berkunjung ke Campsite Lubuk Kawah di Kampung Teroi Bukit di sini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dapat menghirup udara segar kawasan perkampungan.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 12 minit atau enam kilometer dari pekan Guar Chempedak menjanjikan suasana ‘wild camping’ dengan sungainya yang mengalir jernih dan sejuk pastinya memberi suasana yang sangat mendamaikan, terutamanya kepada mereka yang ingin lari dari kesibukan kota atau menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

Menurut Pengerusi Komuniti Teroi Bukit, Mohd Zamri Said, 48, terdapat beberapa kemudahan seperti kawasan untuk mandi-manda, tandas awam, pondok rehat (wakaf), papan tanda pemakluman serta kemudahan lain turut disediakan oleh Komuniti Teroi Bukit untuk kemudahan pengunjung rekreasi Lubuk Kawah ini.

“Komuniti di sini turut mengambil peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan GeoAdventure seperti ATV, makanan, tapak perkhemahan, ‘hammock’, ‘campervan’ dan sebagainya sebagai sumber pendapatan.

“Sejak kawasan rekreasi Lubuk Kawah ini dibuka pada Disember 2022 lalu, sambutan yang diterima daripada penduduk setempat dan dari luar Daerah Yan amat menggalakkan terutamanya pada musim-musim cuti sekolah dan cuti perayaan. Pihak kami bercadang untuk mengadakan beberapa lagi penambahbaikan bagi memajukan lagi kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda