Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

161 Ketua Kampung Batu Pahat Terima Watikah Perlantikan

By 12 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 161 Ketua Kampung di Daerah Batu Pahat telah menerima watikah perlantikan pada pagi ini dalam Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Kampung Daerah Batu Pahat Bagi Sesi 2023-2024 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

“Ketua Kampung yang dilantik kini menjadi sebahagian daripada penjawat awam maka akan terikat dengan peraturan penjawat awam.

“Oleh itu mereka perlu menjaga kelakuan dan pertuturan selaku orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kampung,” kata Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri bin Md Ali.

Menurut Ketua Kampung Parit Haji Ali, Mohd Jahid Ghozali, 61, beliau sedia berkhidmat memajukan pembangunan dan menambah baik infrastruktur atau dalam semua perancangan demi kebaikan kampung.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Ezahar Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng Tuan Haji Nur Faiz Jamil, Ketua-Ketua Jabatan dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Batu Pahat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda