Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

20 Belia Tambah Ilmu Penyediaan Kuih Tradisional Melayu

By 13 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif untuk golongan belia telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (JAPERUN) Ayer Limau dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.

Program ‘Skills For Life’ yang telah melibatkan seramai 20 orang peryertaan telah diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan golongan belia dalam penyediaan kuih tradisional Melayu cara berlauk dan pulut panggang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berharap setiap ilmu yang diturunkan oleh chef dapat digunakan sebaik mungkin oleh para peserta.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terlibat menjayakan program ini.

“Semoga segala tunjuk ajar yang diperolehi dapat membantu golongan belia setempat mempertingkatkan kemahiran dalam menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda