Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)
JEMPOL, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan lasak seperti motorcross menjadi salah satu aktiviti kegemaran belia masa sekarang.
Justeru, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi DOFE dan Kelab Sukan Bermotor Bandar Seri Jempol telah menganjurkan Perlumbaan Motorcross KBS Peringkat Zon Selatan di Litar Motorcross Ayer Hitam Jempol selama dua hari yang berakhir semalam.
“Semestinya perlumbaan motocoss ini harus diperkasakan dan diadakan bukan secara bermusim tetapi secara berterusan kerana ia merupakan platform untuk menyerlahkan potensi diri dan melahirkan lebih banyak penggerak sukan,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Dato’ Haji Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam ucapan perasmian.
“Pada masa yang sama program seperti ini juga membuka ruang bagi memastikan pelumba cilik dan veteran juga berkesempatan untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam perlumbaan kali ini.
“Aktiviti ini juga dijalankan bagi meningkatkan kesedaran gaya hidup cergas dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di dikawasan luar bandar,” katanya.
-ZS-