Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hospital Pertama Pelopori ‘Sustainable Waste Management’

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Iryani/Mohd Khairi (Kedah)

ALOR SETAR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar menjadi hospital perintis pertama di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan Program ‘Sustanainable Waste Management’ (SWMP).

KKM telah memperkenalkan ‘Sustanainability Programme’ bermula tahun 2015 yang turut merangkumi elemen pengurusan sisa lestari melalui pendekatan 3R (‘Reduce, Reuse, Recycle’) yang telah berjaya meningkatkan kadar kitar semula.

“KKM telah menetapkan sasaran untuk memastikan semua fasiliti kesihatan kerajaan mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2045 bagi menyokong hasrat kerajaan menjadi negara sifar bersih menjelang tahun 2050,” ujar Datuk Dr Muhammad Razi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM semasa berucap dalam Pelancaran Hospital Perintis ‘Sustainable Waste Management’ Program Peringkat Negeri Kedah hari ini.

Pengurusan sisa lestari dapat meminimumkan impak terhadap alam sekitar dengan cara mengurangkan, menggunakan semula dan memanjangkan jangka hayat sesuatu produk. Dengan pelaksanaan program ini dapat mewujudkan fasiliti kesihatan berada dalam keadaan yang mampan dan lestari serta mewujudkan suasana yang kondusif.

Dalam majlis itu juga, Datuk Dr Muhammad Razi turut meluangkan masa menanam pokok di Taman Acasia HSB serta melawat ke tapak pameran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda