Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pasar Tani Bagan Samak Inisiatif FAMA Bantu Peniaga dan Penduduk

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Kedah)

BANDAR BAHARU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kulim/Bandar Baharu telah melancarkan Pembukaan Pasar Tani Bagan Samak bertempat di Dataran Souq, Parit Nibong semalam.

Pembukaan Pasar Tani Bagan Samak merupakan satu landasan terbaik kerajaan untuk membantu para peniaga kecil dalam menyediakan tempat dan peluang meneruskan perniagaan mereka, selain dapat meringgankan beban rakyat menangani kos kenaikan harga barangan.

Zarina Mohd Ali, 56, dari Selama Kedah yang merupakan seoarang peniaga kuih tempatan amat bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh FAMA untuk turut serta berniaga di Pasar Tani hari ini.

“Dengan adanya Pasar Tani ini, dapat merancakkan lagi ekonomi Bandar Baharu yang mana para peniaga dan pembeli mendapat manfaatnya kerana harga jualan yang ditawarkan juga berpatutan dan mampu milik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, selain gerai-gerai peniaga tempatan, Gerai jualan barangan dari FAMA memang dinanti-nantikan oleh pembeli kerana menawarkan barangan keperluan seperti telur serta barangan lain seperti bawang, jagung dan sayur-sayuran dengan harga yang murah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda