Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SPM 2022 – 875 Calon di Daerah Sik

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusmila Yusof/Mohd Shukri

SIK, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini hingga 15 Mac seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan melibatkan 3,355 pusat peperiksaan diseluruh negara.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Sik Azhari Abdul Rashid ketika ditemui di pejabatnya berkata, calon SPM 2022 adalah seramai 875 orang dan melibatkan 9 pusat peperiksaan di daerah ini.

“Semua calon akan menjawab kertas peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual pada hari ini.

“Sebelum ini, kelas tambahan turut diadakan kepada semua calon SPM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

“Selain itu, majlis bacaan yasin dan solat hajat bersama waris dan calon turut diadakan di Dewan Al-Hana, Sik pada awal Februari yang lalu,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda