Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Batu Pahat Kedua Tertinggi Bilangan Penduduk di Johor

By 13 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Berdasarkan statistik yang telah diterbitkan, Daerah Batu Pahat menduduki tangga kedua tertinggi dari segi bilangan penduduk dan bilangan pertubuhan perniagaan di negeri Johor.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk daerah Batu Pahat adalah meliputi 12.4 peratus (495,000 orang) daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk Negeri Johor manakala jumlah pertubuhan perniagaan yang aktif pula adalah 13.4 peratus (18,980 pertubuhan) dari jumlah keseluruhan saiz pertubuhan aktif Negeri Johor pada tahun 2022.

“Justeru, penubuhan Pejabat Operasi Batu Pahat (POBP) merupakan usaha Jabatan Perangkaan Malaysia dalam memperkejatkan lagi aktiviti pengumpulan statistik di negeri Johor dan memantau prestasi ekonomi serta pembangunan sosial khusus bagi Daerah Batu Pahat,” tambahnya ketika memberi ucapan perasmian Pejabat Operasi Batu Pahat dan Kick Off Road To Hari Statistik Negara 2023 di Foyer Bangunan Gunasama Persekutuan Batu Pahat, semalam.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Ezahar Abu Sairin, Batu Pahat merupakan bandar kedua pembuatan industri terbesar di Johor yang meliputi industri tekstil, elektronik, pemprosesan makanan, kayu, tembikar dan plastik serta dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara yang mempunyai kira-kira 300 kilang pakaian tekstil dan menghasilkan 50 peratus daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor Mazreha Yaákub dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda