Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Belia Perlu Tampil Bantu Pihak Berkuasa Kekalkan Keharmonian Negara – Raja Muda Kedah

By 25 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Mahrani Mohamad (Kedah)

KULIM, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin menyeru agar lebih ramai anak muda yang berani tampil sebagai sukarelawan bagi membantu pihak berkuasa mengekalkan keharmonian negara dan sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara daripada ancaman pihak musuh.

Tengku Sarafudin bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Latihan Tempatan Rejimen 513 Askar Wataniah di Stadium Keladi, di sini kelmarin.

Baginda yang merupakan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah turut berharap sukarelawan ini akan sentiasa menjadi contoh kepada rakyat Malaysia yang lain.

Menurut Sarjan Mejar PW Zuzairi Zulkifli, latihan pada tahun ini lebih fleksibel dari segi masa sukarelawan, mengikut kesesuaian dan memberi tumpuan kepada menambah ilmu pengetahuan tentang pertahanan negara.

Pada majlis tersebut perbarisan yang berkekuatan seramai 12 orang pegawai dan 100 orang anggota lain-lain pangkat dan persembahan gimik pelancaran yang dinamakan ‘Tarian Semangat Watan’ dari Batalion Kedua Rejimen 513 Askar Wataniah Politeknik Tuanku Sultananah Bahiyah mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang hadir.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda