Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tanaman Cili Bara Jadi Pilihan Pesara Tentera

By 24 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Emran Ismail/Azree Zaki

RAUB, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Penanaman cili bara menjadi pilihan seorang pesara tentera kerana tanaman itu disifatkan lebih komersial.

Menurut Mejar (B) Anuar Abd Aziz, 55, “saya memilih untuk mengusahakan tanaman cili bara berbanding cili kampung biasa adalah kerana cili bara ini lebih pedas, lebih mudah untuk dipetik, lebih rimbun pokoknya dan lebih komersial.”

Beliau mengusahakan tanaman cili bara bersama dua orang lagi rakan kongsi di atas tanah seluas dua ekar dengan jumlah 6,000 pokok.

Ujar beliau lagi, cili bara yang ditanamnya akan dibeli oleh pemborong untuk dijual ke pasaran di luar Pahang seperti Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

“Harga ladang bagi cili bara ini sekitar RM20 sehingga RM22 per kilogram manakala harga runcit di pasaran boleh mencecah sehingga RM30 dan ke atas per kilogram,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda