Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Cendol Pasar Payang Sedap ‘Do’oh’

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Gerai Cendol Lemok Manih yang terletak di selekoh bangunan lama Pasar Payang terus menjadi buruan orang ramai dek kerana minuman pemanis mulut tersebut mempunyai rasa yang unik.

Azhan Che Soh, 24, pelanggan gerai tersebut berkata dia sukakan cendol di situ kerana rasanya yang unik dan tidak melepaskan peluang untuk singgah membeli jika berkesempatan biarpun terpaksa menunggu.

“Rasa cendol di sini sedap ‘do’oh’ (sangat) kata orang Terengganu,” katanya.

Menurut pembantu jualan cendol, Wan Fitri Wan Asri, 23, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan, sehingga dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang termasuk pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

“Kebiasaanya, pada hari minggu saya akan menamatkan jualan lebih awal kerana sambutan yang lebih menggalakkan daripada pelanggan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda