Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Latifah Salleh/Haliza Mohd Taib (Muar)

MUAR, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bermula dengan mengisi masa lapang, kini Hajah Marni Sanusi, 60, dari Kampung Batu 28, Lenga boleh tersenyum lebar apabila perniagaan mi siput yang diusahakannya mampu meraih hasil lumayan.

Hajah Marni yang merupakan seorang suri rumah berkata, beliau mula berkecimpung dalam perniagaan mi siput sejak empat tahun lalu secara kecil-kecilan di rumah.

“Apabila mula mendapat sambutan daripada jiran-jiran serta saudara-mara, saya mengorak langkah ke hadapan dengan membeli dua buah mesin bagi memudahkan dan mengembangkan perniagaan.

“Kini, saya mampu meraih pendapatan keuntungan bersih sebanyak RM3,000 sebulan dan setiap hujung minggu saya berjaya menjual sehingga 250 bungkus yang setiap bungkus mengandungi lapan keping mi siput berharga RM3.50,” katanya.

Menurut Hajah Marni lagi beliau turut berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya dengan menambah pengeluaran dan memperluaskan perusahaan kerana permintaannya yang begitu tinggi terutama dari luar negeri Johor.

“Saya juga bercadang untuk menggaji ibu tunggal di kampung ini bagi memperluaskan perniagaan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda