Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurVideo

Formasi Muzikal Air Warnai Malam Sambutan Hari Wilayah Persekutuan

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Formasi Muzikal Air bertemakan Bendera Wilayah Persekutuan diiringi muzik yang meriah bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara di Pusat Beli-belah Suria KLCC pada malam tadi.

Pertunjukkan pancutan air berirama ini akan mewarnai malam sepanjang bulan Februari ini di enam (6) lokasi, iaitu KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan. Ianya amat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda