
Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin
SEREMBAN, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Bulan Ramadan menjelang tiba tidak lama lagi, umat Islam pastinya tidak akan berlengah untuk membayar hutang puasa sebelum tiba Ramadan tahun ini.
Menurut Pencetus Ummah, Syed Bakri Al-Yahya, sekiranya tidak menggantikan dengan puasa atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan terdahulu, wajib bagi dirinya membayar denda yang dipanggil fidyah.
“Fidyah ialah denda ke atas seorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, termasuk haji dan yang berkaitan,” jelas beliau.
“Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan” tambahnya lagi.
Kiraan fidyah juga boleh disemak menerusi kalkulator fidyah di laman sesawang Pusat Pungutan Zakat.
Pencetus Ummah, Syed Bakri Al-Yahya telah dijemput sebagai ahli panel dalam program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sempena Karnival Israk Mikraj Negeri Sembilan 2023.
-ZS-