Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kelestarian Laut Andaman Bakal Direalisasikan

By 28 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan forum khas  bertajuk Ocean Malaysia Forum : Perkongsian Matlamat Demi Kelestarian Laut Andaman, Langkawi Sebagai Tapak Permulaan (Demonstration Site) yang diadakan di Kompleks LADA di sini hari ini.

Pengurus Bahagian Pelancongan LADA merangkap Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark, Dr. Azmil Munif Bukhari berkata dalam ucapan perasmiannya, “Langkawi telah menjadi hero di peringkat Asia Pasifik dan saya pasti satu hari nanti kita juga akan menjadi juara di Ocean Asia kerana kehebatan Pulau Langkawi yang mempunyai 99 buah pulau yang di lengkapi dengan khazanah laut yang berbagai, sudah pasti ianya mampu mengatasi lautan di Caribean suatu hari nanti.”

Menurut Dr Azmil Munif lagi Bengkel dan forum Ocean Malaysia (Langkawi) ini akan menjadi pemangkin dalam menggalakkan kerjasama semua pihak yang berkepentingan secara MADANI.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pihak kerajaan, NGO, pihak swasta dan komuniti setempat menghadiri forum tersebut hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah LESTARI bagi mewakili UKM, Profesor Madya Dr. Sharina Abdul Halim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda