Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penglibatan Ibu Bapa Memperkasa Program Pendidikan Khas

By 28 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Seminar Pendidikan Khas peringkat daerah Johor Bahru diadakan bertujuan memberi lebih kesedaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.

Pengarah Penerangan Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, berkata program ini juga memberikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan pendekatan yang seharusnya ibu bapa terapkan agar anak-anak istimewa ini mendapat bantuan sewajarnya.

“Konsep ‘give and take’, sokongan dan motivasi berterusan daripada ibu bapa dapat merealisasikan kemenjadian anak-anak ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pendidikan Khas daerah Johor Bahru di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Naim Fahmi turut memaklumkan mengenai Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (CKPOKU) yang terdapat di Jabatan Penerangan Malaysia bertujuan untuk memperkasa golongan OKU dengan pelbagai latihan berasaskan kecekapan.

“Antara program yang diadakan seperti Bengkel Pemerkasaan Digital (OKU Penglihatan) yang akan diadakan pada 9 Mac ini di PPR Sri Pantai, Kuala Lumpur dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Facebook CKPOKU,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda