Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Wilayah memanfaatkan cuti umum Wilayah Persekutuan kelmarin dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tinjauan Malaysiaaktif mendapati warga ibu kota, terutamanya ibu bapa mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak melakukan aktiviti santai sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Warga asing dan pelancong juga turut mengambil kesempatan cuti umum ini membanjiri lokasi tumpuan seperti KLCC.
-ZS-