Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Guna Bakat untuk Amal Kebajikan

By 22 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir

Kota Kinabalu, 23 Februari (Malaysiaaktif) – “Saya tidak kaya untuk berikan sumbangan wang ringgit, jadi saya guna bakat yang ada sebagai ganti,” ujar pelukis veteran, Awang Abdul Hamid yang kini berumur 78 tahun.

Menerusi Pameran Lukisan Amal Kebajikan dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan (SAVI), beliau menyalurkan 30 peratus hasil jualan kepada persatuan berkenaan.

“Siapa lagi yang akan membantu kalau bukan sesama kita. Kami berharap pengunjung yang datang dapat menyokong usaha ini,” ujarnya ketika ditemui di Palm Square Centre Point, di sini pada Rabu.

Sementara itu, Presiden SAVI, Sabrina Stawin berkata program yang berlangsung selama lima hari bermula 20 Februari lepas adalah yang terbesar pernah dibuat melibatkan kementerian serta individu.

“Pelbagai aktiviti disediakan seperti pertandingan mewarna, melukis, perkhidmatan urutan kaki dari orang buta serta gerai-gerai jualan,” katanya.

Antara tarikan utama juga ialah penampilan istimewa 10 buah lukisan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda