Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Selusuri Sejarah Jambatan Nordin

By 22 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasbella Hasim (Perak Tengah)/Google

PARIT, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Jambatan Nordin atau dikenali sebagai Gerotak Nordin dalam kalangan penduduk Parit dahulunya merupakan sebuah jambatan besi yang merentangi Sungai Perak serta menghubungkan Pekan Parit dan Tanjung Belanja.

Jambatan yang dibina daripada kerangka besi dan berlantaikan kayu mempunyai keunikan tersendiri kerana dikatakan boleh ditarik ke seberang bagi mengelakkan kayu balak dan air bah menghanyutkan jambatan itu ketika air sungai meningkat.

Pesara kerajaan, Shaharuddin Abu Bakar, 67, berkata sebelum wujudnya Jambatan Nordin, Pekan Parit dan Tanjung Belanja ini dihubungkan menggunakan perkhidmatan feri yang mana feri ini mampu membawa kenderaan termasuk kereta dan lori.

“Jambatan ini siap dibina pada tahun 1954, namun roboh di bahagian tengah semasa berlakunya banjir pada tahun 1969. Jambatan baru dirasmikan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 7 Jun 1999,” katanya ketika ditemual.

Tambah Shaharuddin yang merupakan anak jati Kg. Tanjung Belanja, dia dahulunya berulang alik ke sekolah di Pekan Parit menggunakan Jambatan Nordin yang akan mengeluarkan bunyi bising besi berlaga semasa kenderaan melaluinya dan suasana itu kini tinggal menjadi memori yang sangat indah.Tangkak, Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak dan Setiausaha Majlis Daerah Tangkak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda