Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Hari Apresiasi Tabika Al-Aini Kesedar Paloh 1 Meriah

By 16 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz/Mohd Amirul Faisal Rostan (Gua Musang)

GUA MUSANG, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Sebelum bermulanya cuti persekolahan esok, pihak Tabika Al-Aini, Kesedar Paloh 1, di sini hari ini menganjurkan Hari Apresiasi dengan penuh meriah dan kegembiraan bersama tenaga pengajar dan ibu bapa.

Pengerusi Komuniti Paloh Napi Nasir dalam ucapan perasmiannya berharap penglibatan dan sumbangan generasi muda perlu bagi memperkukuhkan semangat kesukanan.

“Penjagaan kesihatan melibatkan penjaga dan ibu bapa juga perlu diteruskan.

“Bersukan bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan tubuh badan tetapi penting bagi menyemai dan memperkukuhkan semangat kekeluargaan serta perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai acara seperti senamrobik, cabutan bertuah dan persembahan kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda