Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PEMADAM Jerantut Santuni Penduduk Sungai Tekam Utara

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf

JERANTUT, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Jerantut mengadakan Program Khidmat Masyarakat Kesedaran Dadah di Felda Sungai Tekam Utara, di sini semalam.

Program diadakan dengan pengisian ceramah mengenai Kesedaran Bahaya Dadah oleh Ketua Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut Mohd Fazil Johari dan Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri Pahang Jamaludin Haji Ayub.

Menurut Setiausaha PEMADAM Daerah Jerantut Wan Rohani Wan Hashim, beliau berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir sekaligus membantu mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya remaja.

“Program ini juga diharap menjadi permulaan untuk aktiviti membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Program diadakan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Jerantut, Pejabat Perpaduan Negara Daerah dan AADK Jerantut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda