
Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/APM
GEORGE TOWN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Mereka yang ingin berkunjung ke kawasan persisir pantai di Pulau Pinang diminta berwaspada dengan kehadiran obor-obor beracun.
Menurut anggota Pertahanan Awam Daerah Timur Laut yang bertugas di menara tinjau Mokhtar, 45, obor-obor dengan nama saintifik Chiropsoides Buitendijki pernah ditemui di Pantai Batu Batu Ferringhi.
“Obor-obor ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut kepada mangsa jika rawatan awal tidak diberi.
“Sengatannya akan menyebabkan mangsa merasa sakit seperti terbakar selama berjam-jam di seluruh badan. Ia juga boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat,” katanya.
Menurut Mohktar lagi terdapat tujuh kes membabitkan sengatan obor-obor di kawasan pantai pada minggu lepas.
“Walaupun peringatan telah diberikan namun pengunjung seolah-olah tidak ambil peduli,” katanya.
-ZS-