Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ibu Pejabat Hutan Negeri Perak Ungguli Kejohanan Bola Tampar Piala Yang Dipertua Pejabat Hutan Negeri Perak 2023

By 25 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Faizzad Kamal/Azhar Mat Isa (Muallim)

SUNGKAI, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Hutan Negeri Perak muncul juara Kejohanan Bola Tampar Piala Yang DiPertua Pejabat Hutan Negeri Perak 2023 selepas menewaskan Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan dengan pungutan mata 2-0 di Kompleks Sukan Komuniti Felda Gunung Besout 3, semalam.

Menurut Pegawai Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, Khairul Nai’m Ya’kub, kemenangan itu membolehkan pasukan tersebut menerima medal dan piala pusingan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan dan Sukan Pejabat Hutan Negeri Perak (PERKSPER).

“Pejabat Hutan Negeri Perak menyasarkan kejohanan ini untuk mencungkil bakat baru dalam sukan bola tampar agar diketengahkan hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

“Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk menjadikan semua kakitangan bergiat aktif dalam aktiviti sukan selain menggalakkan gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui.

Tambah Khairul Na’im, kejohanan terbabit merupakan kejohanan peringkat Pejabat Hutan Negeri Perak melibatkan penyertaan pasukan dari enam daerah jajahan Pejabat Hutan negeri ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda