
Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza (Melaka Tengah)
MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Ikon Antidadah Melaka Tengah Mohamad Aiman Mohamed Hassan berharap rakyat diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai bahaya dadah.
“Setiap individu serta masyarakat juga perlu peka mengenai saluran aduan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab ini demi anak bangsa kita bebas daripada terjebak dengan masalah dadah,” ujarnya.
Mohamad Aiman berkata demikian dalam program ‘Walkabout dan Walking Message’ sempena Hari Antidadah 2023 bersama Ikon Antidadah Melaka Tengah anjuran AADK dan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini kelmarin.
Program ini diadakan oleh pihak AADK dalam usaha memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat setempat mengenai bahaya dadah yang semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah pameran kesedaran dadah oleh pihak AADK, edaran bahan penerbitan dari Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, permainan interaktif dan kuiz antidadah.
-ZS-