Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rick Resort Teluk Intan Tampil Konsep Mongolia

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hanizatul Azwa/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Kedudukannya yang agak tersorok di pinggiran Sungai Perak tidak menghalang Rick Resort Teluk Intan menjadi perhatian dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Mula beroperasi sejak 2019, resort ini menawarkan 28 buah bilik dengan 14 daripadanya bertemakan negara Mongolia.

“Saya cuba menampilkan sesuatu yang baharu, mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri bagi menarik minat pelancong selain mengangkat nama Teluk Intan sebagai bandar pelancongan.

“Antara daya tarikan utama yang kami tawarkan adalah suasana perkampungan yang tenang selain keunikan reka bentuk bilik yang berkonsepkan Mongolian” kata pemilik resort Chak Yue Pooi, 60, yang juga berpengalaman selama 30 tahun sebagai pereka bangunan.

Tambah Chak, keunikan reka bentuk bilik yang unik menjadi salah satu kelebihan bagi pelancong yang inginkan pengalaman baharu. Harga sewaan bilik bermula dari RM278 hingga RM308 (bilik tema Mongolia) dan RM198 hingga RM218 (bilik biasa).

Di samping itu, tempat peranginan ini turut menyediakan ruang bilik mesyuarat, bilik karaoke serta kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda