Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rahmah di AEON BiG

By 21 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Irina Abd Samad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Program Rahmah AEON BiG merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah yang akan ditawarkan di semua cawangan AEON BiG seluruh negara mulai semalam.

Menurut Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, pihaknya menawarkan 100 produk terpilih termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan keperluan asas lain yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.

“Selain itu, kami juga memperkenalkan tujuh set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 sahaja. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak,” katanya.

Menurut Sheikh Farouk, bagi Pakej Rahmah, AEON BiG menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 yang boleh dibeli oleh semua pelanggan tanpa had pembelian.

“Ini merupakan satu inisiatif yang terbaik untuk berkongsi rezeki kerana ianya bersifat menang-menang yang menyantuni kedua belah pihak iaitu pelanggan dan AEON BiG.

“Inisiatif ini merupakan salah satu misi utama AEON BiG bagi menawarkan pilihan barangan yang bermutu dan bernilai kepada pelanggannya, di samping bersama menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup,” kata Sheikh Farouk yang menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini.

Dalam pada itu, AEON BiG juga menyumbang Bakul Rahmah kepada 180 keluarga yang memerlukan dari enam negeri terpilih iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Penang, Perak dan Pahang yang diedarkan secara serentak semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda