Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pusat Hidupan Liar Semenggoh Tarikan Pelancong Asing ke Sarawak

By 19 Februari 2023Februari 22nd, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Norlia Mili/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 19 Feb (Malaysiaaktif)  –  Pusat Hidupan Liar Semenggoh juga dikenali sebagai pusat pemulihan orang utan terbesar di Sarawak  di 20 km, Jalan Borneo Heights, Padawan merupakan tarikan pelancong asing ke Wilayah ini.

“Kami mengalu-alukan pelancong asing khasnya dari golongan orang kenamaan datang melawat ke kawasan ini supaya membuat kawasan ini lebih dikenali di seluruh dunia.

Spesis orang utan yang terdapat di Semenggoh berasal daripada dua kepulauan iaitu Borneo dan Sumatra dengan perbezaan warna pada bulunya,” kata Murtadza Othman, 64, Renjer Hutan yang bertugas di Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Terdahulu Presiden Republik Jerman, Dr. Frank-Walter Steinmeier bersama isterinya Elke Budenbender melengkapkan lawatan rasmi ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Wetlands National Park sebelum berangkat pulang ke Jerman, petang semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda