Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jelajah Ehsan Rakyat Bantu Ringankan Beban Penduduk Setempat

By 16 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Syarinah Tengku Mustapa/Nooremmyza Rawat (Sepang)

DENGKIL, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Jelajah Ehsan Rakyat yang menawarkan pelbagai jualan barangan keperluan pada harga berpatutan mendapat sambutan penduduk sekitar dalam program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Dengkil, di sini hari ini.

Menurut Penolong Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil Muhammad Hasril Ibrahim, program berkenaan membantu penduduk di sekitar Dengkil membeli barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

“Sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar dan berhampiran dalam usaha kerajaan negeri Selangor membantu meringankan beban rakyat dengan kenaikkan harga bahan mentah.

“Antara barangan keperluan yang dijual pada hari ini ialah ayam segar, daging, ikan, minyak masak, telur dan beras namun setiap seorang hanya dibenarkan membeli satu unit sahaja bagi setiap barangan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut salah seorang penduduk, Noraini Abdul Latif, 43, penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat ini sangat membantu rakyat pada ketika ini terutama golongan B40 dalam menampung perbelanjaan harian.

“Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa memandangkan harga bahan mentah yang naik kerana ia dapat membantu rakyat yang susah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda