Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor ‘Fast-Lane’ Terima Maklum Balas Positif

By 16 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hirsham Azmi/Azrul Azhar Mubarak

TANJUNG PIAI, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif ‘Johor Fast Lane’ telah mula memberikan impak yang positif terhadap perkembangan ekonomi di negeri ini.

“Semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini, Kerajaan Negeri Johor menerima maklum balas yang baik daripada usahawan antarabangsa dalam melaksanakan inisiatif ini dan secara tidak langsung menarik lebih ramai pelabur luar untuk melabur di negeri Johor.

“Saya terharu dengan maklum balas tersebut kerana potensinya adalah besar dan kerajaan negeri melalui Invest Johor serta agensi-agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan proses dokumentasi serta mengurangkan birokrasi,” kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa majlis perasmian pecah tanah bagi Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen Fasa 3 di ATT Tanjung Bin, di sini semalam.

“Negeri Johor akan meningkatkan kecekapan untuk menarik pelabur-pelabur ke negeri ini kerana perlaburan pastinya akan meningkatkan ekonomi negeri Johor dan yang paling penting adalah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan Johor khususnya,” ujar Menteri Besar lagi

Untuk rekod, negeri Johor mencatatkan nilai pelaburan sejumlah RM60.9 billion dalam suku ketiga tahun lepas dan menjangka untuk mengulangi rekod tersebut pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda