Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

30 Sekolah Terpilih Jadi Perintis Kelas Bestari Bangsa Johor

By 16 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 buah sekolah rendah telah menjadi perintis bagi pelaksanaan Kelas Bestari Bangsa Johor yang merupakan inisiatif terbaru Kerajaan Negeri Johor bagi memperhebat keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas.

Dalam ucapan perasmian Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor Norlizah Noh berkata sekolah-sekolah yang terpilih ini akan dibekalkan dengan papan pintar bagi sesi PdP.

“Ini dapat meningkatkan interaksi murid-murid bersama guru-guru terutamanya sewaktu sesi pembentangan dalam kelas.

“Sebanyak RM750,000 diperuntukkan bagi pemasangan 30 set kelas bestari di sekolah terlibat.

“Terima kasih kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) yang telah menyumbang papan pintar ini bagi menyokong daya usaha kerajaan negeri ini,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishammuddin Abdul Rahim, Pegawai-Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai pendidikan daerah di negeri Johor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda