Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Juma’ani Pavilion Pusat Sehenti Fesyen Terkemuka Borneo

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Liu Mei May (Sarawak)

KUCHING, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen pertama yang memasarkan produk warisan tempatan yang dihasilkan oleh anak Sarawak seperti pakaian, kasut, keringkam, songket, tudung, clutch dan sebagainya.

Menurut Ketua Unit Pemasaran, Media dan Perhubungan Awam CENTEXS Commercial, Malissa Sahari, 36, pusat sehenti fesyen terkemuka di Borneo ini turut berperanan sebagai pusat latihan bagi pereka fesyen muda tempatan yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil.

“Istimewanya Juma’ani Pavilion, ia dilengkapi dengan pengimbas badan 3D yang mampu mengukur badan seseorang tanpa menggunakan pita pengukur dan juga mesin membuat kasut,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda