
Laporan/foto: Haliza Mohd Taib
MUAR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha memupuk minat membaca dalam diri kanak-kanak haruslah bermula dari rumah dan ibu bapa sememangnya akan berasa gembira jika anak-anak boleh membaca dengan lancar di usia seawal 3 atau 4 tahun.
Justeru itu, seramai 20 orang murid dan dua orang guru dari Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 4, Seri Menanti di sini telah mengunjungi Perpustakaan Desa PNM Seri Menanti Zon J7 bagi program Adikku Sayang, semalam.
“Terima kasih kerana memanfaatkan fungsi perpustakaan yang terletak dalam Kawasan Kompleks Penghulu Mukim Seri Menanti dan kepada kerajaan yang memberi peluang kepada masyarakat kampung atau luar bandar,” kata Penghulu Mukim Seri Menanti, Ariffpudin Abd Latif ketika ucapan perasmian.
Menurut Guru Pengiring SK Simpang 4 Siti Rohayu, pihak sekolah sentiasa mengalukan jalinan kerjasama daripada pihak Perpustakaan Desa dan menggalakkan pelajar mengunjungi perpustakaan yang berhampiran.
-ZS-