Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘Seri Iskandar Bandar Ilmu’ Jadi Mercu Tanda Pendidikan Perak

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Aniss Abd Rahin/Ahmad Noramin Idris (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Seiring dengan pembangunan pesat, Seri Iskandar yang dikenali sebagai ‘Bandar Ilmu’ terus membangun sekaligus menjadi mercu tanda pendidikan di negeri Perak.

Beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi latihan pengajian kemahiran selain sekolah berasrama penuh dibangunkan di bandar ini amat menepati gelaran yang diberi.

Antara IPT dan institusi latihan yang beroperasi di sini termasuk Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Universiti Teknologi Petronas, Institut Kemahiran Belia Negara, GiatMARA dan Kolej Profesional MARA.

Pensyarah IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Amalina, 36, berkata cabaran untuk menjadi golongan pendidik di sini sangat mencabar terutama dalam mengekalkan status bandaraya ilmu ini lantaran kebanyakan pelajar zaman kini lebih maju ke hadapan berbanding pelajar zaman dahulu.

“Justeru sebagai pensyarah, kami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan pelajar yang dihasilkan oleh Seri Iskandar menjadi para ilmuan dan intelektual yang berjaya,” ujarnya penuh semangat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda