Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Keunikan Dekorasi Restoran Konsep Majlis Perkahwinan

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Geraldine Voo

SEMPORNA, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Jika anda ingin mengimbau semula kenangan menjadi raja sehari, bolehlah berkunjung ke Anjung D’Samudera, di sini yang berkonsepkan hiasan dalaman ala majlis perkahwinan.

Menurut pemiliknya Jaafar Bisarah, 52, idea untuk mewujudkan restoran ini hadir melalui minatnya sebagai seorang perancang perkahwinan.

“Konsep dekorasi perkahwinan ala ‘Arabian Nights’ sudah pastinya akan memberikan suatu kelainan kepada pengunjung iaitu seakan berada di tempat lain apabila melangkah masuk ke tempat ini.

“Selain menikmati makanan dan minuman, pelanggan berpeluang untuk mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar di pelamin yang tersedia di sini.

“Menariknya, ada pelanggan yang datang untuk menikmati segelas milo ais sahaja semata-mata untuk merakam gambar di tempat ini,” katanya semasa ditemui di sini, pada Ahad.

Sementara itu, seorang pengunjung Sapiah Jimak, 51, berkata menjamu selera di sini seakan-akan kita berada di majlis perkahwinan. Sambil makan dapat pelamin percuma dan tempat ini memberikan perasaan sebegitu.

“Restoran ini menjadi tumpuan pelbagai kaum yang inginkan kelainan dan merasai sendiri suasana menghadiri majlis perkahwinan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda