Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kopi Tenggek Kulai Punya Keunikan Tersendiri

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi

KULAI, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Kopi Tenggek Kulai mempunyai keunikan tersendiri bagi penggemar kopi di daerah Kulai ini.

Berkonsepkan kopitiam yang diselitkan unsur ‘hipster’, kedai kopi yang mula beroperasi sejak Oktober tahun lepas ini menjadi tumpuan orang ramai di hujung minggu.

Menurut pemilik kedai Azmi Md Saad, 49, minat beliau terhadap bidang perkhidmatan makanan dan minuman menyebabkan beliau nekad membuka kedai.

Beliau turut mendapat bantuan dana dan sokongan dari TEKUN Nasional dalam merealisasikan impian pembukaan kedai Kopi Tenggek Kulai ini.

“Di sini bukan sahaja menyajikan ‘kopi tenggek’ yang mempunyai kelainan rasa yang tersendiri malahan pelbagai juadah semasa hari raya juga turut dijual.

“Burasak, ketupat nasi, rendang turut disajikan kepada para pelanggan, selain roti bakar yang begitu sinonim bergandingan bersama kopi,” katanya lagi.

Rata-rata pelanggan yang ditemui Malaysia Aktif menyatakan kelazatan dan keunikan ‘kopi tenggek’ ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda